Modul Kepimpinan dan TN50 2017

tn50 1

 

Pada hari Sabtu 6 Mai 2017 yang lalu, pihak JPA berserta MARA telah mengadakan Program Kepimpinan dan TN50 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Kursus melibatkan para pemimpin pelajar dari Persatuan MGSS, MARAKumpel dan AZIM Jerman yang julung kalinya diadakan ini merangkumi dua modul iaitu modul kepimpinan dan modul Transformasi Nasional 2050, atau dikenali juga sebagai TN50.

 

1. Modul kepimpinan

 

Modul kepimpinan yang dijalankan ini menumpukan kepada aspek cabaran pelajar Malaysia di Jerman dari segi akademik dan kehidupan sosial. Malah hasil daripada sebuah kaji selidik antara pelajar-pelajar di sini juga telah dibentangkan dan dibincangkan. Sehubungan dengan ini, para pemimpin pelajar telah diberi kesempatan untuk berbincang dan mengemukakan cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu mengatasi masalah pelajar. Para pelajar juga telah mengemukakan cadangan aktiviti yang membolehkan mereka menabur bakti bukan sahaja kepada negara tercinta malah juga kepada rakyat sekalian setelah tamatnya pengajian di sini.

 

Turut dibincangkan semasa kursus ini adalah cabaran-cabaran yang dialami oleh para pemimpin pelajar itu sendiri. Selain itu, para pemimpin pelajar juga telah diberikan pendedahan tentang cara-cara mengendalikan sesuatu program dengan betul dan lancar. Pengendalian sesuatu majlis sememangnya memerlukan perancangan yang teliti dan semua ahli sesebuah jawatankuasa hendaklah memberikan kerjasama demi perjalanan majlis yang lancar.

 

 

tn50 2

 

tn50 3

 

2. Modul TN50

 

Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan suatu inisiatif untuk merancang masa hadapan negara Malaysia dalam masa 30 tahun akan datang. TN50 menitikberatkan 7 tunjang utama untuk mencapai sebuah negara yang maju dan telah berkembang di persada dunia dalam 30 tahun akan datang. Berikut adalah 7 aspek tersebut:

 

tn50 table

 

Bagi merealisasikan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2050, rakyat Malaysia terutamanya para belia telah diseru untuk menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka untuk negara tercinta. Oleh itu, selaras dengan usaha kerajaan ini pihak Konsulat Malaysia di Jerman telah mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin pelajar. Pelbagai aspirasi yang bernas dan praktikal telah dikemukakan oleh para pelajar dengan berlatarbelakangkan pengalaman hidup di bumi Jerman dan juga isu-isu penting semasa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TN50 dan usaha kerajaan ini, layarilah pautan di bawah ini:

 

mytn50.com 

 

 

tn50 4

 

tn50 5