22343750 1593166804079016 1798374350 o

Pada 11 Ogos 2017 yang lalu INTEC telah mengadakan program Route to Germany (“Der Weg Nach Deutschland”) yang telah mengambil tempat di Bilik Seminar INTEC Blok V. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar ALG 20 dan ALG 21.

Sebagai pembuka majlis Puan Ruzela Tapsir selaku Direktor Akedemik telah menyampaikan kata-kata aluan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Alumni yang sudi hadir ke majlis tersebut. Menurut beliau budaya memberi semula kepada tempat pengajian lama perlulah disemai dalam diri semua pelajar sebagai tanda penghargaan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pelajar ALG 21 atas keputusan AS mereka yang cemerlang dan ini seharusnya menjadi pembakar semangat mereka untuk buat yang terbaik bagi peperiksaan A2 pula.

22343842 1593166897412340 275900358 o

Seterusnya 2 orang wakil MGSS diberikan peluang untuk menyampaikan sedikit perkongsian berkenaan kehidupan di Jerman untuk menyuntik sedikit semangat para pelajar ALG 20 dan ALG 21. Saudara Rasyid selaku penyampai pertama telah menceritakan serba sedikit persediaan menghadapi cabaran akademik di Jerman. Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk cakna mengenai bidang yang minati sejak awal lagi supaya boleh memperoleh tempat di Universiti yang diingini.

22324017 1593166860745677 280852175 o

22345337 1593166904079006 958731517 o

 

Selaku wakil kedua Saudari Mahfuzah telah menceritakan sedikit sebanyak keadaan sosial di Jerman. Menurut beliau kehidupan di Jerman tidak hanya terhad kepada bidang akademik sahaja tetapi juga gaya hidup yang seimbang. Beliau turut membentangkan masalah-masalah yang sering dihadapi pelajar yang sedang menuntut di Jerman sebagai persediaan mental pelajar yang bakal ke Jerman.

22375401 1593166934079003 1748758230 o

Pada sesi yang seterusnya Saudara Muhammad Eezam bin Masripan selaku ALG 7 dan Dr Muhammad Mahadi Mohamad selaku ALG 4 telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. Mereka menceritakan cabaran-cabaran yang hadapi sebagai pelajar pioneer di Jerman. Mereka turut menceritakan budaya-budaya masyarakat Jerman yang seharusnya dicontohi dan dibawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang berpeluang ke Jerman.

22345459 1593166790745684 209712925 o

 

Pada jam 1230 tengah hari majlis melabuhkan tirai dengan sesi bergambar dan sesi soal jawab. Diharapkan program seperti ini dapat menyediakan para pelajar dari segi mental untuk meneruskan pengajian di Jerman. Persediaan mental dan akademik yang mantap sejak awal lagi boleh memastikan para pelajar berada di atas landasan yang ingin dicapai negara menjelang Transformasi Nasional 2050.   

22343779 1593166827412347 1403481601 o   22396564 1593166807412349 149637072 o   22368869 1593166894079007 636817807 o