Frühlingstreffen MGSS 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

 

Yang jauh kita dekatkan,
Yang dekat kita rapatkan

 

Aktiviti untuk mengisi cuti Pfingsten anda!

draf2

 

 

Seperti yang diumumkan pada Sabtu lepas, pihak MGSS dengan berbesar hati ingin menjemput semua pelajar Malaysia di Jerman sama-sama memeriahkan Frühlingstreffen yang akan diadakan pada 15 Mei 2016 bertempat di Frankfurt am Main.

Frühlingstreffen merupakan satu program santai yang melibatkan semua pelajar Malaysia di Jerman termasuk pegawai JPA dan MARA.

Sama ada dari selatan, utara ,timur mahupun barat Jerman, mari sama-sama kita berkumpul dan meluangkan masa bersama sambil menikmati makanan enak yang akan disediakan. Oh, dan juga anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan dan berpeluang memenangi hadiah menarik! Disamping itu anda juga berpeluang untuk mengenali dan merapatkan lagi hubungan dikalangan rakan-rakan dan juga pegawai JPA & MARA di Jerman.

Jadi, apa tunggu lagi?

Daftarkan diri anda sekarang di  link ini

Daftar segera !
Tarikh tutup: 8 Mei 2016

Save the date! Jumpa di sana!