Route to Germany '17

22343750 1593166804079016 1798374350 o

Pada 11 Ogos 2017 yang lalu INTEC telah mengadakan program Route to Germany (“Der Weg Nach Deutschland”) yang telah mengambil tempat di Bilik Seminar INTEC Blok V. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar ALG 20 dan ALG 21.

Sebagai pembuka majlis Puan Ruzela Tapsir selaku Direktor Akedemik telah menyampaikan kata-kata aluan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Alumni yang sudi hadir ke majlis tersebut. Menurut beliau budaya memberi semula kepada tempat pengajian lama perlulah disemai dalam diri semua pelajar sebagai tanda penghargaan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pelajar ALG 21 atas keputusan AS mereka yang cemerlang dan ini seharusnya menjadi pembakar semangat mereka untuk buat yang terbaik bagi peperiksaan A2 pula.

22343842 1593166897412340 275900358 o

Seterusnya 2 orang wakil MGSS diberikan peluang untuk menyampaikan sedikit perkongsian berkenaan kehidupan di Jerman untuk menyuntik sedikit semangat para pelajar ALG 20 dan ALG 21. Saudara Rasyid selaku penyampai pertama telah menceritakan serba sedikit persediaan menghadapi cabaran akademik di Jerman. Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk cakna mengenai bidang yang minati sejak awal lagi supaya boleh memperoleh tempat di Universiti yang diingini.

22324017 1593166860745677 280852175 o

22345337 1593166904079006 958731517 o

 

Selaku wakil kedua Saudari Mahfuzah telah menceritakan sedikit sebanyak keadaan sosial di Jerman. Menurut beliau kehidupan di Jerman tidak hanya terhad kepada bidang akademik sahaja tetapi juga gaya hidup yang seimbang. Beliau turut membentangkan masalah-masalah yang sering dihadapi pelajar yang sedang menuntut di Jerman sebagai persediaan mental pelajar yang bakal ke Jerman.

22375401 1593166934079003 1748758230 o

Pada sesi yang seterusnya Saudara Muhammad Eezam bin Masripan selaku ALG 7 dan Dr Muhammad Mahadi Mohamad selaku ALG 4 telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. Mereka menceritakan cabaran-cabaran yang hadapi sebagai pelajar pioneer di Jerman. Mereka turut menceritakan budaya-budaya masyarakat Jerman yang seharusnya dicontohi dan dibawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang berpeluang ke Jerman.

22345459 1593166790745684 209712925 o

 

Pada jam 1230 tengah hari majlis melabuhkan tirai dengan sesi bergambar dan sesi soal jawab. Diharapkan program seperti ini dapat menyediakan para pelajar dari segi mental untuk meneruskan pengajian di Jerman. Persediaan mental dan akademik yang mantap sejak awal lagi boleh memastikan para pelajar berada di atas landasan yang ingin dicapai negara menjelang Transformasi Nasional 2050.   

22343779 1593166827412347 1403481601 o   22396564 1593166807412349 149637072 o   22368869 1593166894079007 636817807 o

Malaysian Family Day '17

mfd 1

 

Pihak MGSS dan pihak MARAKumpel telah menganjurkan Hari Keluarga Malaysia atau "Malaysian Family Day" pada hujung minggu, 13.05.2017 yang lalu. Acara yang bertempat di Duisburg ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar-pelajar berbilang kaum. Seramai 160 pelajar telah mendaftar dan hadir pada hari tersebut.

 

Hari dimulakan dengan acara Explorace di Wolfssee, Duisburg. Selepas aktiviti pendaftaran peserta dan sarapan pagi, para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan bertemakan novel bersiri Harry Potter. Setiap kumpulan telah mereka sorakan kumpulan masing-masing dan telah diberikan petunjuk ke "checkpoint" tertentu. Para peserta perlu melengkapkan tugasan yang disediakan di setiap "checkpoint" untuk mara ke "checkpoint" seterusnya. Setelah tamatnya acara Explorace diikuti dengan makanan tengahari, para peserta memulakan perjalanan ke Jugendherberge Duisburg untuk aktiviti seterusnya iaitu acara sukaneka.

 

DSC 5602 

 

DSC 5590

 

DSC 5578

 

Antara acara sukaneka yang telah dipertandingkan adalah permainan bola tampar, bola sepak berkain sarong dan acara tarik tali. Setiap kumpulan telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi dalam setiap acara. Hari Keluarga ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Acara Explorace telah dimenangi oleh kumpulan Slytherin yang juga telah merangkul gelaran juara keseluruhan pada petang tersebut. Acara tarik tali dimenangi oleh kumpulan Gryffindor, acara bola sepak berkain sarong pula oleh pasukan Death Eaters manakala acara bola tampar pula dimenangi oleh pasukan Slytherin.

 

 DSC 0026

 

DSC 5998

 

Hubungan mesra antara para peserta dan juga antara ahli jawatankuasa pihak MARAKumpel & MGSS juga dapat dijalin. Sememangnya acara sebegini dapat memupuk lagi hubungan perpaduan antara pelajar di Jerman ini selain dapat memberikan hiburan pada hujung minggu. Pihak MARAKumpel serta MGSS sangat berterima kasih kepada semua yang turut serta dalam acara ini dan manjayakannya.

 


 

DSC 0493

 

DSC 0688

 

DSC 5507

 

DSC 0700

 

*Himpunan gambar boleh dicapai di pautan berikut : https://drive.google.com/folderview?id=0B4cQvb9f1Mc9UTNuUDdKNUZTOGc

 

 

 

 

 

 

Majlis Tertinggi MGSS Sesi 2016-2017 (Lama)

bpian
    
Presiden | President
 
Muhammad Sufian Abdul Rahman
Hochschule Reutlingen (Maschinenbau)

Facebook

 

brush
    
Timb. Presiden 1 | Vice President 1
 
Muhammad Rushdi Mohamad
Hochschule Villingen-Schwenningen (Medizintechnik)

Facebook

 

bwzhuang
    
Timb. Presiden 2 | Vice President 2
 
Lim Wei Zhuang
Hochschule Heilbronn

Facebook

 

bfatin
    
Setiausaha | Secretary
 
Fatin Nabilah Ahmad Yani
Hochschule Offenburg (Maschinenbau)

FacebookFacebook

 

bwan
    
Bendahari | Treasurer 
 
Iwan Raflis
Hochschule Ulm (Mechatronik)

Facebook

 

bhasif
    
Timb. Bendahari | Vice Treasurer
 
Hasif Sharif
Hochschule Esslingen (Maschinenbau)

Facebook

 

bfan
    
Pengarah Sukan & Rekreasi
Director of Sports & Recreation
Mohamad Irfan Fahim Naznan
Hochschule Aalen (Maschinenbau)

Facebook

 

bmael
    
Timb. Pengarah Sukan & Rekreasi
Vice Director of Sports & Recreation
Ismael Afrizal
Hochschule Albstadt (Maschinenbau)

Facebook

 

bsyam
    
Pengarah IT, Multimedia & Pemasaran
Director of IT, Multimedia & Marketing
Mohd Syamirul Huzseini Mohamad Isa
Hochschule Biberach (Energiesysteme)

Facebook

 

bfiq
    
Timb. Pengarah IT, Multimedia & Pemasaran
Vice Director of IT, Multimedia & Marketing
Muhammad Syafiq Ramli
Hochschule Aalen (Maschinenbau)

Facebook

 

bmeng
    
Pengarah Keusahawanan & Kepimpinan
Director of Entrepeneurship & Leadership
Hua Kia Meng
Hochschule Reutlingen (Maschinenbau)

Facebook

 

bdiy
    
Pengarah Perhubungan Awam
Director of Public Relations
Diyanah Faridza
Hochschule Reutlingen (Maschinenbau)

Facebook

 

bfara
    
Pengarah Perhubungan Korporat
Director of Corporate Relations
Farah Adiba Azmy
Hochschule Offenburg (Maschinenbau)

Facebook

 

bpaan
    
Pengarah Editorial & Penerangan
Director of Editorial & Information
Muhammad Noor Farhan Noor Azman
Hochschule Villingen-Schwenningen

Facebook

 

bdek
    
Pengarah Pendidikan
Director of Education
Muhammad Azri Ab Aziz
Hochschule Aalen (Maschinenbau)

Facebook

 

Modul Kepimpinan dan TN50 2017

tn50 1

 

Pada hari Sabtu 6 Mai 2017 yang lalu, pihak JPA berserta MARA telah mengadakan Program Kepimpinan dan TN50 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Kursus melibatkan para pemimpin pelajar dari Persatuan MGSS, MARAKumpel dan AZIM Jerman yang julung kalinya diadakan ini merangkumi dua modul iaitu modul kepimpinan dan modul Transformasi Nasional 2050, atau dikenali juga sebagai TN50.

 

1. Modul kepimpinan

 

Modul kepimpinan yang dijalankan ini menumpukan kepada aspek cabaran pelajar Malaysia di Jerman dari segi akademik dan kehidupan sosial. Malah hasil daripada sebuah kaji selidik antara pelajar-pelajar di sini juga telah dibentangkan dan dibincangkan. Sehubungan dengan ini, para pemimpin pelajar telah diberi kesempatan untuk berbincang dan mengemukakan cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu mengatasi masalah pelajar. Para pelajar juga telah mengemukakan cadangan aktiviti yang membolehkan mereka menabur bakti bukan sahaja kepada negara tercinta malah juga kepada rakyat sekalian setelah tamatnya pengajian di sini.

 

Turut dibincangkan semasa kursus ini adalah cabaran-cabaran yang dialami oleh para pemimpin pelajar itu sendiri. Selain itu, para pemimpin pelajar juga telah diberikan pendedahan tentang cara-cara mengendalikan sesuatu program dengan betul dan lancar. Pengendalian sesuatu majlis sememangnya memerlukan perancangan yang teliti dan semua ahli sesebuah jawatankuasa hendaklah memberikan kerjasama demi perjalanan majlis yang lancar.

 

 

tn50 2

 

tn50 3

 

2. Modul TN50

 

Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan suatu inisiatif untuk merancang masa hadapan negara Malaysia dalam masa 30 tahun akan datang. TN50 menitikberatkan 7 tunjang utama untuk mencapai sebuah negara yang maju dan telah berkembang di persada dunia dalam 30 tahun akan datang. Berikut adalah 7 aspek tersebut:

 

tn50 table

 

Bagi merealisasikan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2050, rakyat Malaysia terutamanya para belia telah diseru untuk menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka untuk negara tercinta. Oleh itu, selaras dengan usaha kerajaan ini pihak Konsulat Malaysia di Jerman telah mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin pelajar. Pelbagai aspirasi yang bernas dan praktikal telah dikemukakan oleh para pelajar dengan berlatarbelakangkan pengalaman hidup di bumi Jerman dan juga isu-isu penting semasa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TN50 dan usaha kerajaan ini, layarilah pautan di bawah ini:

 

mytn50.com 

 

 

tn50 4

 

tn50 5

 

 

 

Galeri: Frühlingstreffen 2016